JKDM perisai rakyat, bukan sandiwara politik – Zahid

KOTA KINABALU – Penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) bukanlah gimik politik atau pesaing kepada mana-mana entiti akar umbi negeri, sebaliknya jadi pemangkin kepada agenda pembangunan dan kebajikan negeri Sabah.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, JKDM diwujudkan sebagai pelengkap kepada struktur sedia ada seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), bukannya untuk menggugat atau merebut kuasa mana-mana pihak.

“JKDM tidak diwujudkan untuk bersaing dengan sesiapa. Ia bukan untuk menggugat, apatah lagi merampas ruang kuasa sesiapa.

“Kalau JPKK itu mata yang melihat, JKDM ialah tangan yang bertindak. Satu memerhati, satu melaksana. Yang penting, kedua-duanya bergerak seiring demi menyantuni 3.7 juta rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penutup Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar MADANI Tahun 2025, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Beliau turut menempelak dakwaan kononnya JKDM sebagai alat politik sempit yang cuba memecahbelahkan rakyat, sebaliknya mengajak semua pihak melihat kepada objektif sebenar penubuhan jabatan tersebut.

“Saya bukan jenis pemimpin yang suka berselindung. Saya tahu, ada yang mempertikai penubuhan JKDM, kononnya ia inisiatif politik, kononnya bertembung dengan JKKK negeri.

“Tapi saya tanya kalau ia membawa manfaat kepada rakyat, mengapa kita harus tolak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa isu kemiskinan tegar di Sabah perlu diberi perhatian serius dan menjadi keutamaan semua pemimpin akar umbi.

“Saya mahu kita mengambil peduli realiti kadar kemiskinan tegar Sabah masih di tahap membimbangkan dan perlu diberi perhatian.

“Di sinilah pentingnya kerjasama kukuh antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Bukan dengan bermain slogan atau meniup semangat sempit, tetapi dengan benar-benar mencipta solusi.

“Yang kita perlukan hari ini ialah kesepakatan untuk membina, bukan perpecahan untuk menjatuhkan,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini, seramai 2,302 anggota JKDM telah dilantik di seluruh Sabah, mewakili lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pelantikan yang disasarkan.

“Bagi Fasa 1 tahun 2025 sahaja, sebanyak RM11 juta telah diperuntukkan khusus untuk elaun dan pelaksanaan gerak kerja JKDM negeri itu,” ujarnya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar