Perak kuasai takhta pelancongan domestik, 10.2 juta pelawat atasi Selangor, Pahang

NEGERI Perak melakar sejarah gemilang apabila dinobatkan sebagai destinasi paling popular dalam kalangan pelancong domestik bagi tahun 2024, menewaskan pencabar terdekat Selangor dan Pahang.

Lebih membanggakan, Perak berjaya menarik 10.2 juta pelancong domestik, menurut laporan terkini Survei Pelancongan Domestik 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Khamis lalu.

Angka ini sekali gus meletakkan Selangor (9.6 juta) dan Pahang (9.5 juta) di belakang dalam senarai lima negeri teratas.

Menurut Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee, pencapaian luar biasa ini bukan sahaja bukti kejayaan tarikan negeri, tetapi juga hasil usaha padu dan kolaborasi mantap antara pelbagai pihak.

“Sebelum ini, Perak mencatat peningkatan tiga kali ganda kehadiran pelancong antarabangsa. Kini, kita pula dinobat juara pelancongan domestik.

“Ini bukti nyata kempen Tahun Melawat Perak 2024 benar-benar membuahkan hasil,” katanya.

Sze Yee menegaskan, kejayaan ini tidak hadir sekelip mata, sebaliknya berpaksikan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, agensi persekutuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan NGO seluruh negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perarakan Kebudayaan Kampar dan Hari Tanpa Kenderaan, anjuran Majlis Daerah Kampar, di Kampar, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Promosi II Tourism Malaysia, Samuel Lee Thai Hung serta Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad.

Menurut laporan itu juga, antara daerah tumpuan utama pelancong di Perak ialah Kinta, Larut Matang dan Selama, Manjung, Kuala Kangsar serta Batang Padang.

Manakala destinasi popular termasuklah Teluk Batik, Lumut Waterfront, Ipoh Night Market, Taman Rekreasi Gunung Lang serta Pulau Pangkor yang terus menjadi magnet pelancongan.

Lebih menarik, kempen Tahun Melawat Perak 2024 menyaksikan lonjakan sebanyak 36.1 peratus pelancong domestik berbanding tahun sebelumnya.

“Ia satu peningkatan drastik yang menandakan impak besar kempen promosi yang dijalankan,” ujar Sze Yee.

Mengakhiri ucapannya, beliau menyeru agar semua pihak terus mengorak langkah dan mengekalkan momentum bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Saingan semakin sengit. Tahun lalu kita bersaing rapat dengan Melaka, Kelantan dan Perlis.

“Menjelang 2026, seluruh Malaysia bakal bersaing. Perak tidak boleh alpa,” tegasnya.

Terdahulu, beliau turut bersama lebih 1,000 pengunjung menyaksikan perarakan penuh warna-warni melibatkan lebih 2,000 peserta pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Related Posts

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

KUALA LUMPUR – Kejayaan mencatat rekod 8.42 juta ketibaan pelancong sepanjang 2025 membuktikan Selangor kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama negara. Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

TAWAU – Jabatan Air Bahagian Tawau terpaksa menghentikan sementara Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Apas Balung 1 dan 2 berikutan kejadian banjir yang melanda daerah ini. Jabatan Air Bahagian Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah