Israel ceroboh kedaulatan, serang orang awam – Iran

MENTERI Luar Iran, Sayed Abbas Araghchi, semalam mendakwa Israel melancarkan perang yang disifatkan sebagai tidak adil dan jenayah terhadap negaranya, sambil menggesa masyarakat antarabangsa mengecam tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai satu bentuk pencerobohan kejam.

Dalam ucapan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Araghchi berkata Iran, yang mempunyai hampir 100 juta penduduk, kini berdepan serangan terang-terangan oleh rejim Israel, yang turut dituduhnya melakukan pembunuhan beramai-ramai di Palestin sejak dua tahun lalu.

Beliau mendakwa serangan Israel yang bermula minggu lalu telah menyasarkan kawasan kediaman, infrastruktur awam, hospital, pusat kesihatan dan juga bangunan Kementerian Luar Negeri.

“Ratusan rakyat Iran terbunuh dan cedera akibat serangan ini,” katanya di hadapan para delegasi, sambil menambah bahawa kemudahan nuklear aman Iran turut menjadi sasaran meskipun berada di bawah pemantauan penuh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Araghchi menyifatkan tindakan itu sebagai jenayah perang yang serius dan memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan bencana alam sekitar serta kesihatan awam.

Menurut laporan Anadolu, beliau menegaskan bahawa serangan Israel itu melanggar Perkara 2(4) Piagam PBB yang melarang penggunaan kekerasan dan mengulangi hak Iran untuk mempertahankan diri di bawah Perkara 51 piagam yang sama.

“Iran sedang mempertahankan diri daripada pencerobohan kejam ini dengan segala kekuatan. Ini adalah hak kami yang tidak boleh dinafikan,” tegas beliau.

Araghchi turut menggesa tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa, dengan menyatakan: “Jika ada masa yang sesuai untuk menggunakan sistem dan mekanisme mahal yang telah diwujudkan sejak lapan dekad lalu demi menjaga hak asasi dan maruah manusia, maka saat itulah sekarang.”

Sebelum ucapan beliau, Duta Israel ke PBB di Geneva, Daniel Meron, membantah keras kehadiran Iran dalam sidang itu dan menyatakan rasa tidak puas hati kerana Israel tidak dijemput menyertai perbincangan berkenaan.

Meron turut menggesa wakil Eropah agar mengambil pendirian tegas terhadap Iran, termasuk menuntut pembatalan penuh program nuklear negara itu, pelucutan senjata peluru berpandu dan penghentian segala aktiviti serantau yang didakwanya menggugat kestabilan.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat