MINDA TOK ABAH: Membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul

DALAM perjalanan lebih enam dekad Malaysia selepas era kolonialisme, pembinaan negara bangsa kekal sebagai proses yang belum selesai. Kita pernah menempuh detik hitam seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang meninggalkan pengajaran mendalam tentang pentingnya ideologi nasional yang kukuh sebagai benteng kepada kestabilan dan perpaduan. Hari ini, pembinaan negara bangsa memerlukan rangka nilai yang ampuh.

Peristiwa silam menuntut kita terus berpaut pada sejarah kenegaraan dan Perlembagaan sebagai bingkai penyatuan. Dasar Ekonomi Baru (DEB), Rukun Negara dan semangat federalisme adalah warisan penting yang kini diperkuat semula melalui pendekatan MADANI.

Dalam konteks Malaysia MADANI, empat nilai utama diangkat sebagai panduan: keadilan, inklusiviti, perpaduan, dan kesetiaan kepada gagasan nasional. Nilai-nilai ini diterjemah dalam empat amalan bekerja: teliti, integriti, empati, dan keadilan. Prinsip ini bukan sekadar slogan tetapi dijelmakan dalam dasar kerajaan yang menolak pendekatan populis semata-mata demi keuntungan jangka pendek.

Sebaliknya, pendekatan baharu yang diterapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berasaskan polisi mampan, telus dan berani. Contohnya, langkah mengawal kos sara hidup melalui program seperti Jualan RAHMAH MADANI dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membuktikan kerajaan serius membantu rakyat tanpa membebankan kewangan negara. Usaha ini terbukti berkesan apabila kadar inflasi Malaysia kekal terkawal — hanya 1.4% pada April dan Mei 2025, iaitu paras terendah sejak 2021. Purata inflasi sepanjang 2024 juga mencatat 1.83%, menurun berbanding 2.49% pada 2023, menandakan trend kestabilan harga di bawah pengurusan kerajaan MADANI.

Menghadapi cabaran pasca normal

Era pasca normal mewujudkan fenomena ‘fear factor’ dan ‘trust deficit’. Kenaikan harga barang, ancaman ekonomi global, serta jurang sosial semakin meruncing. Namun di bawah kepimpinan Anwar, pendekatan ‘business is not as usual’ diangkat sebagai teras. Beliau menekankan prinsip membetulkan yang biasa, di samping membiasakan yang betul — yang menjadi tunjang kepada pembaharuan pentadbiran.

Langkah menoktahkan rasuah, menstruktur semula subsidi dan menggalakkan pentadbiran holistik merentas jabatan kerajaan adalah antara usaha besar untuk membetulkan amalan pentadbiran yang silap. Dengan pendekatan inklusif dan dialog terbuka, Kerajaan MADANI mengajak rakyat berganding bahu menghadapi cabaran global tanpa menggadaikan nilai keadilan dan integriti. Keyakinan ini turut diperkukuh dengan dasar fiskal yang responsif, selaras dengan unjuran Bank Negara Malaysia bahawa kadar inflasi dijangka kekal sederhana antara 2% hingga 3.5% tahun ini, memberikan ruang bagi kerajaan merencana subsidi secara bersasar.

Anwar Ibrahim: Pemimpin yang difahami dan dipercayai

Kepimpinan Anwar Ibrahim menonjol kerana gabungan idealisme dan realisme. Pengalaman panjang beliau mendepani krisis politik dan perjuangan reformasi menjadi aset besar dalam memahami denyut nadi rakyat. Beliau tidak sekadar bercakap soal prinsip tetapi komited menjadikan nilai MADANI sebagai budaya kerja dalam pentadbiran.

Kerajaan di bawah pimpinan beliau berusaha mengembalikan keyakinan rakyat melalui dasar yang terbuka, telus, dan berpaksikan kesejahteraan bersama. Inisiatif seperti program bantuan bersasar, penjimatan perbelanjaan kerajaan, dan memerangi pembaziran membuktikan Kerajaan MADANI bukan sekadar wacana indah dan retorik, tetapi langkah pembetulan yang tegas dan bertanggungjawab.

Ini Malaysia kita

Kepimpinan Anwar Ibrahim dan kerangka Malaysia MADANI adalah strategi tuntas untuk membawa Malaysia melangkah dengan yakin dalam era pasca normal, di mana beliau sedang memperbetulkan segala kebiasaan disamping membiasakan hal-hal yang betul. Ia mendidik rakyat agar berpegang pada nilai keadilan, integriti, dan inklusiviti.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! Dengan semangat perpaduan, kerjasama, dan nilai MADANI, Malaysia akan terus berdiri megah sebagai negara bangsa yang dihormati dan disegani di mata dunia. Ini Malaysia kita — milik kita bersama untuk diwariskan kepada generasi mendatang.

*Datuk Ismail Yusop ialah Ketua Pengarah
Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Negara hancur dengan kebencian

1. Sejarah membuktikan bahawa membina sesebuah negara atau tamadun memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, iltizam dan usaha yang berpanjangan. 2. Tetapi, untuk meruntuhkannya amat mudah, iaitu dengan menyemai kebencian, mengapi-apikan sentimen kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

  • By Siti
  • June 19, 2026
Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

UNIMAS perkasa bakat saintis muda Sarawak menerusi program STEM

UNIMAS perkasa bakat saintis muda Sarawak menerusi program STEM

Bekas pemimpin Bersatu persoal Muhyiddin, dakwa kesetiaan tidak dihargai

Bekas pemimpin Bersatu persoal Muhyiddin, dakwa kesetiaan tidak dihargai

Tahfiz bukan lagi laluan terhad, kerajaan bentuk Majlis Tahfiz Negara

Tahfiz bukan lagi laluan terhad, kerajaan bentuk Majlis Tahfiz Negara

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0