Hutang negara konsisten turun, ringgit kian stabil di bawah Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan kekal dengan komitmen dalam mengurangkan jumlah hutang negara, selaras dengan pendekatan reformasi fiskal di bawah Kerangka Ekonomi MADANI yang sedang dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun suasana ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia berjaya mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 4.4 peratus bagi suku pertama tahun ini, dengan prestasi pengurusan hutang negara menunjukkan perkembangan positif.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan menempelak tindakan sesetengah pihak yang hanya pandai riuh apabila berlaku kelemahan, tetapi senyap apabila pencapaian dicapai.

“Banyak pihak bercakap mengenai hutang negara seolah-olah kita menambah beban, sedangkan kita sebenarnya berjaya mengurangkan hutang tahunan secara konsisten.

“Pada 2022, hutang baharu sekitar RM100 bilion, turun kepada RM90 bilion pada 2023, RM85 bilion pada 2024 dan unjuran tahun ini ialah RM80 bilion.

“Kita sudah kurangkan hampir RM20 bilion dalam tempoh beberapa tahun. Ini bukan retorik, tetapi hasil pengurusan fiskal berhemah dan disiplin perbelanjaan yang kita amalkan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, langkah kerajaan menurunkan kadar defisit negara daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024 dan unjuran 3.8 peratus tahun ini membuktikan keupayaan Kerajaan MADANI mengurus perbelanjaan secara bertanggungjawab.

Katanya, tugas kerajaan bukan sekadar berbelanja, tetapi mengurus supaya ada pulangan kepada rakyat.

“Saya tahu ada yang bertanya, kenapa nak turunkan defisit sangat?. Sebab kalau kita biarkan, keyakinan pelabur dan pasaran tidak akan pulih.

“Pengukuhan ringgit juga jelas menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pelaksanaan pembaharuan Ekonomi MADANI yang digerakkan kerajaan ketika ini. Setakat 18 Jun lalu, ringgit mengukuh 5.2 peratus ketimbang dolar Amerika Syarikat,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melalui Misi Artikel IV 2025 turut memuji komitmen Malaysia dalam melaksanakan reformasi fiskal.

“Mereka menyifatkan pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 sebagai tonggak penting reformasi fiskal negara.

“Saya tahu ada pihak persoal kenapa ada rundingan dengan IMF. Tapi sejak merdeka, setiap kerajaan yang jadi ahli IMF wajib lalui proses ini. Hakikatnya, IMF beri penilaian positif terhadap dasar fiskal kita,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang