Bazar Ramadan, Aidilfitri di Selangor catat jualan paling tinggi

SELANGOR muncul negeri paling tinggi mencatatkan nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini iaitu RM700 juta membabitkan 38,811 pekerja.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan terbaharu memaklumkan, jualan kedua-dua bazar itu mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila berjaya menjana nilai jualan sebanyak RM3.2 bilion, meningkat 12.9 peratus berbanding RM2.5 bilion pada 2023.

Jelasnya, peningkatan itu turut disokong oleh pertambahan bilangan pekerja sebanyak 17.6 peratus kepada 281,876 orang.

“Diikuti Johor sebanyak RM500 juta (44,525 pekerja) dan Kuala Lumpur sebanyak RM400 juta (16,142 pekerja), yang mana ketiga-tiganya menyumbang 47.5 peratus daripada keseluruhan jualan negara.

“Di peringkat daerah, Johor Bahru merekodkan jualan tertinggi iaitu RM261.1 juta, diikuti Petaling (RM184.7 juta) dan Gombak (RM122 juta),” menurut kenyataan itu.

DOSM turut memaklumkan secara terperinci, bazar Ramadan sahaja menyumbang sebanyak RM2.6 bilion, melonjak 14.9 peratus berbanding dua tahun lalu dengan Selangor kekal dominan dengan nilai jualan RM558 juta, diikuti Kuala Lumpur (RM361.9 juta) dan Johor (RM331.5 juta).

“Pada masa sama, bilangan pekerja bazar Ramadan meningkat ketara kepada 241,379 dengan orang. Johor mencatat angka tertinggi (37,415 orang), diikuti Selangor (32,989 orang) dan Pulau Pinang (25,515 orang),” katanya.

Sementara itu, bazar Aidilfitri mencatatkan jualan RM600 juta, naik 5.1 peratus dengan Johor mendahului sebanyak RM144.3 juta, diikuti Selangor (RM109.8 juta) dan Kedah (RM53.9 juta).

Bagi jumlah pekerja Aidilfitri, seramai 40,497 orang direkodkan, peningkatan 12 peratus berbanding 2023. Johor sekali lagi merekodkan bilangan tertinggi iaitu 7,110 orang.

Berdasarkan tinjauan DOSM, didapati bahawa tahap kepuasan peniaga terhadap penganjuran bazar adalah tinggi dengan 83 peratus berpuas hati dengan lokasi bazar, manakala 70.5 peratus berpuas hati dengan promosi dan 69.3 peratus terhadap pengurusan trafik.

“Dalam aspek pengurusan lebihan makanan, 56 peratus peniaga menawarkan diskaun, dan 77.3 peratus bersedia menyumbang makanan tidak terjual kepada institusi, malah 84.2 peratus sanggup berkongsi dengan peniaga lain dalam bazar sama.

“Namun, hanya sebahagian kecil melaksanakan sistem pengurusan sisa makanan seperti pengkomposan (6.2 peratus) dan kitar semula (7.4 peratus),” katanya

Related Posts

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

KAZAN – Malaysia bakal memperoleh jaminan bekalan petrol, minyak dan gas bagi tempoh jangka panjang daripada Rusia, sekali gus memastikan kestabilan pasaran domestik serta mengukuhkan sekuriti tenaga negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan