Nahas ngeri: Bayi tercampak, lima sekeluarga maut

SERIAN – Tragedi menyayat hati meragut nyawa lima sekeluarga, termasuk seorang bayi perempuan yang tercampak keluar dari kenderaan dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Baki Lama-Ensengei pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, empat lagi mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita dewasa ditemui maut akibat tersepit di dalam kenderaan yang remuk.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 8.41 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan segera ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 25 kilometer.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Bujang Ina, kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan tersebut yang hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang paip air besar di laluan berkenaan.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan khas (rescue tools) bagi mengeluarkan empat mangsa dewasa yang tersepit.

“Mangsa kelima iaitu seorang bayi perempuan pula ditemui oleh orang awam berhampiran lokasi kejadian, dipercayai tercampak keluar semasa impak rempuhan kuat berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat.

Punca sebenar kemalangan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi