Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

SIBU – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh hubungan strategik dengan China menerusi kerjasama yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan tinggi, kesihatan serta modal insan bagi menyokong keperluan pembangunan negeri pada masa hadapan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, antara inisiatif yang sedang diusahakan ialah penubuhan kampus perubatan Universiti Fudan di Sarawak yang kini berada pada peringkat akhir proses kelulusan oleh Kerajaan China.

Beliau berkata kerajaan di peringkat Shanghai, Sarawak dan Malaysia telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut, manakala kelulusan daripada pihak berkuasa di Beijing masih diperlukan sebelum projek berkenaan dapat diteruskan ke fasa seterusnya.

Menurutnya, beliau dijadual mengadakan lawatan ke Beijing dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan akhir dengan kerjasama pihak kedutaan, sekali gus mempercepatkan pelaksanaan projek sekolah perubatan itu. Inisiatif tersebut dilihat penting dalam membantu mengatasi kekurangan tenaga doktor yang masih dihadapi Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia di sebuah hotel di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Dr Sim memaklumkan Sarawak turut berusaha memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada anak negeri dengan membuka lebih banyak peluang melanjutkan pengajian di institusi terkemuka China seperti Universiti Tsinghua dan Universiti Peking pada peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Beliau menegaskan bahawa pembangunan bakat dan pendidikan berkualiti kekal menjadi agenda utama kerajaan negeri dalam melahirkan tenaga profesional berkemahiran tinggi. Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Kedutaan China dan Konsulat Jeneral China atas komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan dua hala yang membuka ruang kerjasama lebih luas dalam bidang pendidikan, kesihatan serta pembangunan sumber manusia.

Related Posts

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

PEKAN – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan tiga pengguna jalan raya termasuk dua beranak, maut pada Jun lalu. Tertuduh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran