Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

SARATOK – Tradisi ‘ngabang’ atau amalan kunjung-mengunjungi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus kekal relevan dan menjadi elemen penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta perpaduan.

Selain sambutan Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina, perayaan Hari Gawai yang diraikan pada setiap 1 Jun turut menjadi platform menghimpunkan masyarakat pelbagai latar belakang dan agama untuk bersama-sama merasai kemeriahannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, budaya tersebut mencerminkan keharmonian yang telah lama dinikmati oleh rakyat di negeri ini.

Menurutnya, sempena Hari Gawai tahun ini, beliau turut meluangkan masa berkunjung ke kediaman ADUN Krian, Friday Belik sebagai simbol persahabatan dan menyemarakkan semangat muhibah.

“Amalan berkunjung ketika musim perayaan bukan sekadar memenuhi jemputan rumah terbuka, sebaliknya ia menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat.

“Suasana harmoni ini jelas terpancar apabila tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, bersama-sama meraikan Hari Gawai dalam keadaan mesra ibarat sebuah keluarga besar,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keunikan amalan ngabang yang sentiasa mengutamakan perpaduan, toleransi dan rasa hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Sarawak pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad Duri menegaskan, amalan murni itu perlu terus dipertahankan dan diwariskan kepada generasi muda agar nilai kebersamaan tidak terhakis ditelan arus pemodenan.

Jelas beliau, rakyat Sarawak diseru agar terus membudayakan amalan ngabang meskipun wujud perbezaan dari segi budaya, cara hidup dan kepercayaan.

Tambah beliau, kepelbagaian perayaan di Malaysia merupakan medium penting untuk menyatukan rakyat, di samping membuka ruang untuk berkongsi nilai serta tradisi unik yang diwarisi sejak turun-temurun.

“Perayaan Hari Gawai sudah terbukti bukan sahaja mampu mempromosikan budaya masyarakat Dayak kepada umum, malah ia berupaya mengukuhkan lagi ikatan perpaduan antara kaum demi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Foto: ADUN KALAKA

Related Posts

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebimbangan orang ramai berhubung penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di daerah berkenaan. Menteri Besar Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026