PM teruja LCS dibina guna kepakaran tempatan

DATUK Seri Anwar Ibrahim teruja melihat kapal tempur pesisir (LCS) milik TLDM yang dibina sepenuhnya menggunakan kepakaran anak watan.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap projek LCS ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Memulakan tugasan rasmi di Perak hari ini dengan menghadiri sesi taklimat dan melakukan kunjungan ke tapak projek Littoral Combat Ship (LCS) di Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Lumut pagi tadi.

“Projek ini mencatat sejarah tersendiri apabila dihasilkan sepenuhnya dengan kemahiran, keupayaan dan kepakaran anak watan ‘from scratch’. Alhamdulillah, pencapaian yang sangat mengujakan.

“Tatkala meneliti kemajuan projek ini, saya titipkan harapan agar projek ini dilaksana mengikut jadual serta tanpa kompromi pada aspek integriti dan prinsip tatakelola yang baik,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Anwar meninjau kemajuan pelaksanaan pembinaan LCS di Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS).

Perdana Menteri mendengar taklimat kemajuan semasa pembinaan lima kapal LCS TLDM itu disambut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain.

“Usai sesi taklimat, saya bersama pimpinan tertinggi Kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia lantas melawat kapal LCS1 – Maharajalela yang kini di peringkat ujian.

“Saya punyai keyakinan yang tinggi bahawa dengan iltizam yang jitu daripada TLDM dan LUNAS, projek ini mampu disiapkan dengan jayanya dengan meletakkan aspek kedaulatan perairan negara di peringkat yang cemerlang, kemas dan terbaik,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung