ROVR Kuala Abai mula operasi 21 Jun, mudahkan akses petrol luar bandar

KOTA BELUD – Perkhidmatan Pengisian Bahan Api Mudah Ali Petronas (ROVR) terus diperluaskan kepada rakyat termasuk komuniti luar bandar dan kawasan pedalaman.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB) terus memastikan ROVR dapat disalurkan kepada rakyat.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ROVR dijangka mula beroperasi di Kuala Abai, Kota Belud pada 21 Jun ini menjadikannya lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort.

“Pembukaan ROVR di Kuala Abai yang akan dikendalikan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud merupakan satu langkah tepat ke arah merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.

“ROVR bukan hanya penyelesaian logistik ia satu keperluan penting bagi penduduk luar bandar yang sebelum ini perlu bergerak jauh untuk mendapatkan petrol RON95,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Bahagian Tempasuk 2025, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, perkhidmatan ROVR telah mengagihkan lebih 250 juta liter bahan api dan terbukti berkesan menyokong mobiliti harian termasuk ketika krisis seperti pandemik COVID-19 dan bencana banjir.

“Perkhidmatan ROVR bukan sekadar satu penyelesaian logistik malah satu keperluan kepada penduduk di kawasan luar bandar atau pedalaman untuk mendapatkan bekalan petrol RON95.

“Penduduk dapat menikmati kemudahan pengisian bahan api yang lebih dekat, mudah dan selamat,” jelas beliau.

Tambah Armizan, KPDN akan terus memastikan bekalan petrol RON95 pada harga runcit terkawal dapat dinikmati rakyat tanpa mengira lokasi geografi.

“Usaha ini bukan sahaja menjamin keadilan tenaga tetapi juga mengurangkan beban kos sara hidup penduduk luar bandar serta menyokong pertumbuhan sosio ekonomi setempat,” ujarnya.

  • Related Posts

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

    Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

    Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

    Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

    Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

    Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

    ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

    ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar