Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini – Fahmi

AKTA Majlis Media Malaysia 2025 yang diluluskan dalam Sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu telah mula berkuat kuasa secara rasmi hari ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pemilihan tarikh ini dibuat sebagai tanda penghargaan kepada para pengamal media dan seluruh industri kewartawanan tanah air.

“Saya telah menandatangani pewartaan kuat kuasa akta ini pada hari ini, 14 Jun 2025, bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

“Tarikh ini dipilih sebagai simbolik pewartaan dan penguatkuasaan akta ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Kemuncak HAWANA 2025 di ibu negara.

Beliau memaklumkan bahawa seramai 12 orang ahli Lembaga Pengasas telah dimuktamadkan, terdiri daripada wakil syarikat media, persatuan media, pengamal media bebas serta individu bukan daripada latar belakang media.

Fahmi menyifatkan penubuhan Majlis Media Malaysia sebagai satu bentuk reformasi besar dalam landskap media negara.

Beliau percaya majlis ini akan membuka ruang kepada dialog dan penyelesaian lebih bermakna terhadap pelbagai isu yang melibatkan industri tersebut.

“Kita percaya ini merupakan reformasi paling besar, dan kita berharap ia menjadi sesuatu yang bermakna buat rakan-rakan media. Banyak perkara yang selama ini ingin disuarakan kini boleh dibawa ke satu platform yang sah dan terbuka, tanpa mengira siapa yang menerajui kerajaan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, satu sesi perbincangan bersama semua anggota Lembaga Pengasas akan diadakan dalam masa terdekat bagi merangka pelan pelaksanaan selanjutnya.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari