Pelajar IPT dinasihat patuhi proses perundangan jika mahu berhimpun

KOTA KINABALU – Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dinasihatkan agar mematuhi proses perundangan dan syarat ditetapkan sekiranya berhasrat mengadakan perhimpunan aman.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, pelajar perlu mendapatkan nasihat daripada pihak universiti dan memaklumkan sebarang rancangan agar tidak melanggar undang-undang sedia ada.

“Seperti biasa kita nasihatkan agar para pelajar ini mengikuti proses perundangan ataupun syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Kita mahu di peringkat universiti juga, mereka perlu maklumkan supaya kita boleh bagi nasihat agar mereka tidak menyalahi Undang-undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga undang-undang yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

“Saya harap mereka juga akan rasional dalam membuat tindakan mereka dan kita harap mereka mematuhi proses undang-undang,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan aman yang dirancang oleh kumpulan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bercadang mengadakan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 pada 21 dan 22 Jun ini.

Bagaimanapun, Mustapha berpandangan bahawa suara mahasiswa tidak boleh dibataskan memandangkan mereka yang terkesan secara langsung, khususnya dalam isu gangguan bekalan air.

“Cuma saya fikir kita juga tidak boleh membataskan suara mahasiswa ini sebab akhirnya kita kena akur juga mereka yang merasai masalah terutama air di UMS ini,” jelasnya semasa ditemui media selepas merasmikan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) 2025, di UMS Arena, di sini pada Sabtu.

Mengulas mengenai bekalan air di UMS, beliau berkata pihaknya bersama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang giat berusaha dalam memastikan kestabilan air di UMS.

“Kita sudah sedaya upaya bersama dengan JANS untuk memastikan kestabilan sumber air ini tetapi mungkin ada perkara-perkara yang berlaku terutama dari segi kerosakan dan segala macam menyebabkan sumber air kita ini tidak stabil.

“Saya dimaklumkan oleh JANS, Menterinya, Datuk Shahelmey Yahya telah bermesyuarat dengan pengurusan UMS, dan ada beberapa tindakan segera yang perlu dibuat.

“Yang penting ialah JANS perlu memastikan air yang disalurkan di UMS ini stabil. Itu sebenarnya akar permasalahannya.

“Kalau air ini stabil kita tidak ada masalah dan kita di peringkat UMS akan memantau sendiri kalau ada berlaku sebarang kerosakan di peringkat dalaman UMS, itu kita akan selesaikan segera,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar mesyuarat berkala antara UMS dan JANS diadakan bagi menangani masalah tersebut.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff