55,184 terima bantuan bulanan JKM di Sarawak, lebih RM98.8 juta disalur

KUCHING – Seramai 55,184 individu di Sarawak menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh Januari hingga April 2025, melibatkan peruntukan lebih RM98.8 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah penerima di Sarawak menunjukkan keperluan mendesak terhadap sistem penyampaian bantuan yang lebih cekap, telus dan menyeluruh.

“Bagi tahun ini sahaja, kerajaan memperuntukkan lebih RM2.49 bilion bagi tujuan penyaluran bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuan JKM) di hotel terkemuka di Kuching pada Jumaat.

Menurut beliau, sistem eBantuan diperkenalkan bagi memperkemas proses penyaluran bantuan, memantapkan aspek pemantauan serta memastikan ketepatan data, khususnya di Sarawak yang mempunyai keluasan geografi dan jumlah penerima yang tinggi.

“Transformasi ini bukan sahaja memudahkan urusan petugas lapangan, malah turut meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kecekapan sistem kebajikan negara,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nancy turut mengumumkan JKM kini sedang membangunkan sistem baharu dikenali sebagai Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan 2.0 (SPBK 2.0) yang akan menggantikan sistem lama eBantuan menjelang akhir tahun 2026.

“Sistem sedia ada kini menghadapi kekangan dari segi teknologi dan memerlukan penambahbaikan selaras dengan kemajuan semasa,” jelasnya.

Menurut beliau, SPBK 2.0 dibangunkan sejajar dengan inisiatif MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, dan akan berfungsi secara digital sepenuhnya (end-to-end), menggunakan teknologi seperti ‘business intelligence’ dan sistem maklumat geografi (GIS) yang mesra pengguna dan selamat.

Sistem baharu itu juga, katanya, akan diintegrasikan dengan beberapa pangkalan data dan sistem lain seperti PADU (Pangkalan Data Utama), eKasih, iSPEKS, iGFMAS, myIdentity dan MyGDX.

“Langkah ini dijangka membolehkan siasatan dan pemberian bantuan dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan berdasarkan data sahih,” katanya lagi.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan