RM18 juta baiki infrastruktur FELDA Johor

JOHOR BAHRU- Sebanyak RM18 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaiki infrastruktur di kesemua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, peruntukan itu membabitkan kerjasama antara Kerajaan Johor dan FELDA yang masing-masing bernilai RM9 juta.

“Untuk hari ini saya menghadiri mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan pembangunan infrastruktur di Lot Generasi FELDA di tanah beberapa rancangan FELDA yang dikenal pasti.

“Antara projek yang akan dilaksanakan seperti pembinaan jalan kampung, perparitan dan bekalan air bersih yang mana ia dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zahari, projek seumpama ini adalah pertama kali dilaksanakan dan beliau berharap agar bantuan seumpama itu diberikan secara berterusan demi menjamin kebajikan warga FELDA.

“Untuk rekod, ini pertama kali Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berkenaan dan Johor pula adalah negeri pertama yang mengambil tanggungjawab ini.

“Terima kasih kepada pihak berwajib atas keprihatinan kepada masyarakat dan warga FELDA. Kami sangat menghargainya dan berharap peruntukan ini akan diteruskan di tahun akan datang sebagai langkah penyelesaian kepada pembangunan infrastruktur di Lot Generasi FELDA seluruh negeri,” katanya.

Untuk rekod, terdapat 73 tanah rancangan FELDA di seluruh Johor dengan keluasan sehingga 122,124 hektar melibatkan kawasan penempatan dan ladang.

Related Posts

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU – Kira-kira 10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah setakat tahun ini, termasuk seorang kontraktor dan tiga penjawat awam. Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan