Kerajaan Perak sedia kertas kerja naik taraf JRTB, Hospital Gerik

KERAJAAN Negeri Perak akan menyediakan dua kertas kerja bagi mencadangkan penambahbaikan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dan menaik taraf Hospital Gerik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Mingguan Exco baru-baru ini, dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, dua Exco terlibat secara langsung dalam penyediaan kertas kerja berkenaan, iaitu Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal India dan Integrasi Nasional, A. Sivanesan.

“Kita dimaklumkan bahawa lebuh raya ini telah tamat tempoh konsesi selama 40 tahun. Maka, sudah tiba masanya untuk JRTB dikaji semula.

“Jalan ini dibina sejak zaman Almarhum Tun Abdul Razak untuk mengekang kemasukan komunis dari Thailand ke Pahang. Kini, sebahagiannya telah rosak teruk dan tidak boleh ditampal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Eksport Perak 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh.

Tambah Saarani, Exco berkaitan akan menyenaraikan keperluan seperti jajaran baharu, pelebaran jalan, bahan binaan, pemasangan lampu jalan serta garisan putih untuk keselamatan pengguna.

Dalam pada itu, katanya, keperluan menaik taraf Hospital Gerik turut dipertimbangkan, terutamanya dalam aspek kapasiti pesakit, penambahan doktor pakar, pembinaan hospital baharu serta penambahbaikan fasiliti dan peralatan perubatan.

“Kekerapan kemalangan yang berlaku menjadikan hospital sedia ada tidak mencukupi sekiranya jumlah mangsa terlalu ramai,” ujarnya.

Saarani turut memaklumkan, kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan kemudahan jabatan kerajaan seperti balai polis dan bomba di lokasi strategik sepanjang laluan JRTB bagi mempercepatkan respon kecemasan.

“Semua cadangan ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangka hadir ke Program MADANI Rakyat di Lumut pada 15 Jun ini,” tambah beliau.

Untuk rekod, JRTB Gerik-Jeli merupakan antara laluan yang kerap mencatatkan kes kemalangan.

Terbaharu, pada 9 Jun lalu, 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut manakala 27 lagi cedera dalam nahas tragik di Kilometer 53 berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa