Cadangan pengecualian pembekuan elaun luar bandar Sabah, Sarawak akan diperhalusi – Dr Dzul

KOTA KINABALU – Cadangan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Sabah, Datuk James Ratib untuk mengecualikan pembekuan elaun doktor di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan diperhalusi, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pertimbangan serius berkenaan cadangan tersebut bagi tindakan susulan.

“Semua itu telah dibangkitkan dan kami mengambil pertimbangan dengan sangat serius.

“Pastinya dalam mesyuarat Kabinet nanti saya akan membawa isu-isu dan agenda itu untuk kami halusi dan susuli.

“Saya yakin perkara itu akan dapat kita pertimbangkan dengan sebaik dan sewajarnya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis di Hospital Queen Elizabeth Il, di sini pada Khamis.

Dr Dzulkefly turut memberi gambaran berita gembira mengenai pertimbangan cadangan pengecualian itu.

“Ya pastinya, bukan sahaja itu banyak lagi perkara lain yang kita perlu berikan seperti dokongan dan sokongan yang wajar kepada perkhidmatan kesihatan di Sabah,” katanya.

Terdahulu, James mencadangkan agar elaun doktor di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada dipegun atau dibekukan atas kekurangan doktor di kawasan luar bandar dan juga kekangan serta cabaran yang lebih banyak.

Mengulas lanjut mengenai penyerahan 100 unit mesin hemodialisis oleh Kerajaan Negeri
Sabah, beliau berkata, ia sangat membantu dalam menangani keperluan pesakit.

“Saya ucapkan terima kasih atas sumbangan ini kerana keperluan untuk hemodialisis adalah amat penting dan mendesak pada akhir-akhir ini,” ujarnya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak