Primula anjur tahlil khas untuk mangsa nahas Gerik

KUALA TERENGGANU – Seramai 300 tetamu Primula Beach Hotel menyertai tahlil perdana khas untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam nahas di Gerik, awal minggu ini.

Tahlil secara hibrid itu diadakan di Dewan Gamelan hotel berkenaan malam tadi dan turut disiarkan secara dalam talian menerusi Google Meet, selain siaran langsung melalui laman sosial Facebook hotel itu.

Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Hajjah Suaibah Harun berkata, antara yang menyertai majlis tahlil khas itu adalah pelajar tahfiz, guru agama dan penduduk sekitar.

“Ia adalah antara usaha warga kerja Primula Beach Hotel menunjukkan solidariti kepada keluarga mangsa nahas yang menyayat hati itu.

“Kita juga melancarkan tabung derma ikhlas yang akan disalurkan terus kepada Majlis Perwakilan Pelajar UPSI bagi membantu meringankan bebanan ditanggung keluarga mangsa,” katanya.

Majlis tahlil berkenaan diketuai imam Masjid Buluh Gading, Al Fadhil Ustaz Mastura Mohamad.

Dalam masa yang sama, Suaibah memaklumkan, penganjuran majlis tahlil berkenaan diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan antara komuniti di samping meningkatkan rasa empati dalam kalangan masyarakat kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia