Program korban Aidiladha SK Seri Iman perkukuh hubungan sekolah, komuniti

KEMAMAN – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman berjaya mengukuhkan hubungan antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat menerusi Program Korban Aidiladha 2025 yang diadakan buat pertama kali.

Program yang berlangsung di padang sekolah itu menyaksikan dua ekor lembu dikorbankan dan dilapah oleh warga sekolah serta ibu bapa pelajar.

Daging korban kemudian diagihkan kepada 50 keluarga asnaf terdiri daripada kalangan warga sekolah dan penduduk sekitar.

Guru Besar SK Seri Iman, Mohd Fikri Harun berkata, program ini berjaya mewujudkan semangat kerjasama erat antara semua pihak.

Menurut Yang Dipertua PIBG, Marwari Mohd, program korban ini merupakan inisiatif baharu pihak sekolah.

Kehadiran Pegawai Penerangan JKOM Kemaman, Ahmad Nadhir Yob turut menambah seri program tersebut. Beliau turut serta dalam aktiviti gotong-royong dan menyifatkan program ini sebagai model terbaik perpaduan komuniti.

Program yang berakhir pada jam 2 petang itu berjaya menanam nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan peserta. Ia sekaligus membuktikan sekolah mampu menjadi pemangkin perpaduan dalam masyarakat setempat.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling