Pejabat Pembangunan Negeri Pahang agih sumbangan daging korban

KUANTAN – Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) di Pinggiran Putra, dekat sini, menerima sumbangan daging korban daripada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Pahang.

Sumbangan itu diselaraskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pejabat Senator Dr Fuziah Salleh dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Majlis dirasmikan Pengarah PPN Pahang, Datuk Hamdan Hussin dan turut dihadiri Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman mewakili Farhan.

Hamdan dalam ucapannya berkata, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif kesejahteraan rakyat MADANI.

“Kita turut menerima kerjasama dan sokongan baik daripada wakil Bank Muamalat dan Bank Islam untuk program kali ini.

“Selain pengagihan daging korban, program kita juga dimeriahkan lagi dengan jamuan rakyat bersama penduduk di Pinggiran Putra,” katanya.

Kira-kira 1,000 penduduk sekitar Pinggiran Putra menyertai program yang berlangsung di perkarangan masjid Al Mukmin, kawasan penempatan itu.

Hamdan berharap penganjuran program seumpama itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara komuniti setempat dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Related Posts

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

KABONG – Baru seminggu dipercayai menjalankan kegiatan sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan