TYT Sarawak, isteri zahir takziah tragedi bas UPSI

KUCHING – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Astana Negeri Sarawak pada Isnin, TYT dan Toh Puan menyifatkan kejadian yang meragut 15 nyawa itu sebagai satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah kepada dunia pendidikan tinggi negara.

“Kami mendoakan agar roh para pelajar yang terkorban ditempatkan dalam kalangan solihin dan syuhada, serta ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini,” kata beliau.

Beliau dan isteri turut mendoakan agar pelajar yang cedera diberikan kesembuhan segera dan kembali pulih seperti sediakala.

Pada masa yang sama, mereka merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, pengurusan UPSI, pasukan penyelamat serta semua agensi terlibat yang bertungkus-lumus menyalurkan bantuan menyeluruh kepada semua mangsa dan keluarga, termasuk dalam aspek perubatan, psikososial dan kebajikan.

Beliau turut menyeru agar aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan dalam setiap aktiviti melibatkan pelajar dan institusi pengajian tinggi bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan semua pihak yang terkesan diberikan sokongan yang sewajarnya dalam tempoh mencabar ini,” katanya.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Program di bawah Geran Perpaduan Kementerian Perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16