Nahas bas UPSI satu kehilangan besar, kebajikan mangsa dan waris akan dibela – Mustapha

KOTA KINABALU – Tragedi kemalangan bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di jalan Jeli-Gerik tengah malam tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, insiden itu amat menyedihkan kerana melibatkan golongan pelajar yang sedang dilatih untuk menjadi pendidik dan pencorak generasi akan datang.

“Kemalangan ini merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana melibatkan bakal pendidik.

“Saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan juga warga Sabah ini kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

“Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi saya memang amat bersedih sebab kejadian ini berlaku dalam keadaan kita ingin mendidik bakal-bakal guru, pendidik kita, dan mereka terlibat dalam kemalangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MADANI Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Parlimen Sepanggar di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Mengulas kemungkinan penglibatan pelajar Sabah dalam tragedi itu, beliau berkata, belum ada maklumat diterima setakat ini namun akan memberi perhatian khusus sekiranya ada dengan bantuan Kerajaan Negeri.

“Setakat ini saya belum menerima maklumat lagi tetapi kalau ada saya secara peribadi akan mengurus perkara ini dengan bantuan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Menurut Mustapha, KPT telah minta UPSI untuk mengambil langkah menjaga kebajikan para mangsa dan keluarga terlibat.

“Seperti biasa kita akan uruskan dari segi penghantaran jenazah, sumbangan yang diperlukan daripada Yayasan Perkasa Siswa.

“Kita juga akan pastikan bahawa insurans yang dibayar oleh pelajar ini, kita akan beri kepada keluarga mangsa.

“InsyaAllah kita akan pastikan kebajikan mereka akan terjaga,” katanya.

Related Posts

Anwar nafi hubungan dengan Zahid retak

AYER KEROH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menafikan dakwaan Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

AYER KEROH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan mengumumkan beberapa langkah baharu kerajaan dalam tempoh terdekat, sebelum memperincikan perubahan berkenaan menerusi pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

Anwar nafi hubungan dengan Zahid retak

Anwar nafi hubungan dengan Zahid retak

Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji