Data telefon bimbit tidak jejas privasi pengguna – MCMC

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa tiada sebarang maklumat pengenalan peribadi (PII) diakses, diproses atau didedahkan dalam proses pengumpulan Data Telefon Bimbit (Mobile Positioning Data, MPD) yang diperoleh daripada Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih (MNO).

Menurut kenyataan MCMC, MPD digunakan secara eksklusif untuk tujuan penjanaan statistik rasmi yang menyokong penggubalan dasar berasaskan bukti dalam dua sektor utama, iaitu sektor komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) serta sektor pelancongan.

“Bagi sektor ICT, MPD dimanfaatkan untuk menghasilkan statistik terperinci seperti jumlah langganan jalur lebar mudah alih aktif dan kadar penembusan capaian pada pelbagai peringkat termasuk negeri, daerah, mukim, kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pihak berkuasa tempatan,” jelas kenyataan itu pada Jumaat.

“Dalam sektor pelancongan pula, MPD membantu dalam penyediaan penunjuk seperti jumlah pelawat dan pola perjalanan pelancongan domestik,” tambah kenyataan tersebut.

MCMC turut memaklumkan bahawa penggunaan MPD sebagai sumber baharu statistik kebangsaan merupakan salah satu hala tuju strategik kerajaan dalam memperkukuh kualiti serta ketepatan masa pengeluaran statistik yang berperanan penting dalam dasar dan perancangan negara.

Pelaksanaan inisiatif ini dilakukan melalui kerjasama dengan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Data Raya dan Sains Data.

Menurut MCMC, sepanjang tempoh dua tahun yang lalu, pelbagai sesi libat urus telah diadakan bersama semua penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih bagi memastikan kefahaman bersama berhubung keperluan data, proses pengendalian serta langkah-langkah perlindungan privasi yang sewajarnya.

Antara sesi penting yang dilaksanakan ialah Bengkel Kebangsaan MPD yang berlangsung pada 2 hingga 5 September 2024.

Bengkel ini dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Komunikasi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta syarikat penyedia perkhidmatan seperti CelcomDigi, Maxis, TM Tech, U Mobile dan YTL.

“Inisiatif ini sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa, dan mencerminkan pelaksanaan projek serupa di negara lain seperti Indonesia dan Brazil, dimana data telekomunikasi yang telah dianonimkan digunakan bagi memperkukuh statistik negara dengan pematuhan sepenuhnya terhadap perlindungan privasi pengguna,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai