UMNO Kalabakan perkemas jentera, siap sedia hadapi PRN Sabah

KALABAKAN – UMNO Bahagian Kalabakan giat memperkemas jentera dan sepenuhnya bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang. 

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, beberapa jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan segala gerak kerja UMNO Kalabakan lebih tersusun dan berkesan, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai kritikal.

“Kita memberi tumpuan penuh terhadap gerak kerja bagi menghadapi PRN Sabah yang semakin hampir termasuklah mengenal pasti kawasan DUN tumpuan serta strategi yang lebih teratur dan berfokus.

“Insya-Allah, UMNO Kalabakan berada dalam keadaan siap siaga. Kita akan terus memperkukuh jentera di semua peringkat dan memastikan UMNO terus menjadi pilihan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis selepas mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kalabakan. 

Menurut Samasuddin, mesyuarat penuh disertai barisan kepimpinan bahagian termasuk ketua-ketua sayap parti itu membincangkan pelbagai perkara penting merangkumi perkembangan politik semasa di peringkat Persekutuan dan negeri Sabah. 

Katanya, ini termasuk komitmen terus mempertingkatkan keupayaan serta penyelarasan antara semua sayap parti bagi memperkasa gerakan akar umbi menjelang PRN akan datang.

Selain itu, turut dibincangkan mengenai persiapan penuh menjelang Persidangan Cawangan, Sayap dan Bahagian UMNO.

“Mesyuarat ini turut menekankan kepentingan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli serta pemimpin di setiap peringkat bagi memastikan setiap usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

“Justeru, semua jentera parti perlu terus istiqamah dan bersatu dalam menghadapi sebarang cabaran politik demi memastikan UMNO kekal relevan dan menjadi wadah perjuangan rakyat di kawasan Kalabakan,” ujarnya.

Related Posts

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029