2.5 juta kenderaan dijangka masuk P.Pinang menjelang Aidiladha, musim durian

GEORGE TOWN – Polis menjangkakan 2.5 juta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang menjelang Aidiladha yang akan disambut Sabtu ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, jumlah itu berdasarkan jangkaan Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) melibatkan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bermula 26 Mei hingga 8 Jun.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding dua juta kenderaan dicatatkan pada Op Selamat pada Aidilfitri lepas.

“Peningkatan ini dipercayai berpunca daripada cuti persekolahan yang berlanjutan hingga sambutan Aidiladha, selain berkemungkinan didorong faktor musim buah-buahan ketika ini di Pulau Pinang,” katanya .

Justeru itu, beliau berkata, JSPT telah melancarkan Op Lancar bermula 31 Mei hingga 8 Jun ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh terbabit.

Hamzah berkata, pihaknya turut menugaskan anggota secukupnya untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko kesesakan dan kemalangan.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti beberapa lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini yang akan diberikan penumpuan kawalan trafik seperti Jambatan Pulau Pinang, Jalan Masjid Negeri, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu serta kawasan di Seberang Perai Tengah.

Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan sepanjang perjalanan.

End.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel