PKR Sabah bakal tampil calon muda, wanita pada PRN17

KOTA KINABALU – PKR Sabah bakal menampilkan calon muda dan wanita dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, PKR memastikan semua calon yang berkelayakan akan diberi ruang melibatkan diri dalam PRN depan.

“Sebenarnya kita memberi ruang dan peluang kepada semua.

“Dan juga kita ingin menampilkan anak-anak muda kita dan wanita untuk bersama-sama dalam pilihan raya akan datang.

“Jadi dengan yang disebut antara dalam 13 kerusi itu adalah beberapa orang yang akan kita tampilkanlah sebagai calon,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa Majlis Tautan Kasih MADANI Masyarakat Asnaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau di Dewan Serbaguna Kampung Warisan, Darau, di sini pada Khamis.

Mengenai 13 kerusi yang bakal ditandingi PKR dalam PRN17, Mustapha berkata, ia masih belum muktamad dan berkemungkinan akan ada pertambahan kerusi lagi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata akan memastikan tiada anak-anak yang tercicir dalam arus pendidikan.

“Kita akan buat program bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) selepas ini dan juga pejabat parlimen.

“Kita akan jejaki mana-mana anak-anak kita yang masuk universiti selepas ini di Parlimen Sepanggar. 

“Kita akan hantar kepada mereka surat tawaran universiti mereka,” katanya ketika berucap dalam majlis sama.

Related Posts

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

KOTA KINABALU – Petronas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah melancarkan dua platform digital bagi mempertingkat pembangunan tenaga kerja industri minyak dan gas. Pengarah Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

LUMUT – Amalan membayar gaji di bawah kadar gaji minimum, menggaji pekerja asing tanpa mematuhi prosedur serta gagal menyediakan kontrak pekerjaan antara pelbagai pelanggaran undang-undang yang dikesan menerusi Operasi Bersepadu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang