Kedudukan Tengku Zafrul tidak dibincang dalam mesyuarat Kabinet

PUTRAJAYA – Sebarang isu berkaitan kedudukan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Jemaah Menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, pada Khamis.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, walaupun wujud desakan agar Tengku Zafrul berundur dari jawatan itu namun perkara itu tidak dibangkitkan sama sekali.

“Tidak berbangkit dalam Kabinet,” katanya ringkas selepas  ditanya media sama ada tuntutan UMNO untuk meminta satu lagi kerusi Kabinet susulan keputusan Tengku Zafrul itu ada disentuh dalam mesyuarat kabinet, pada Khamis.

Tengku Zafrul sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO serta menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.

Tindakan itu dikritik pemimpin UMNO, dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menuntut supaya kedudukan menteri yang disandang Tengku Zafrul itu dipulangkan kembali kepada UMNO.

Menurutnya, UMNO mahu supaya kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan semula kepada parti itu, susulan tindakan Tengku Zafrul meletakkan semua jawatan dan keahliannya dalam parti itu.

Beliau berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui prerogatif yang beliau ada, akan dapat mengembalikan kuota tersebut kepada UMNO.

Selain Ahmad Zahid dan Tengku Zafrul, lima lagi menteri penuh dalam Kabinet Persekutuan daripada UMNO ialah Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pertahanan)Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi) dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Related Posts

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berharap lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung tidak lama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan