Isu MyKiosk jadi tumpuan mesyuarat penuh MBK

KUANTAN – Kesesuaian tapak dan kelonggaran memasak kepada peniaga yang mengendalikan MyKiosk antara dibangkitkan ADUN Semambu, Chan Chun Kuang ketika mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Bandar baharu, Datuk Zaliza Zulkifli dan dihadiri semua ahli majlis MBK.

Chun Kuang menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata, perlu semakan semula dari segi kesesuaian tapak selain kelonggaran untuk memasak di unit MyKiosk yang disediakan MBK.

“Langkah ini adalah untuk menjamin sumber pendapatan para penjaja.

“Begitu juga dengan pemilihan lokasi, sebagai contoh di Taman Impianku, dekat Jalan Sungai Lembing, terlalu banyak unit MyKiosk di situ hingga menjadikan kawasan penjaja sempit dan padat.

“Jadi, pemilihan lokasi sesuai juga perlu diberi perhatian pihak MBK dalam menempatkan MyKiosk ini,” katanya.

Beliau turut memuji pendekatan Zaliza yang mengundang wakil rakyat menyertai mesyuarat penuh MBK dan ia dilihat sebagai satu sikap terbuka yang sangat baik demi memahami keperluan masyarakat setempat.

“Ini satu langkah baik ke arah keterlibatan bersama demi kebaikan warga Kuantan, agar isu rakyat dapat disuarakan terus di peringkat pentadbiran bandar raya.

“Saya juga bersetuju dan menyokong sepenuhnya fokus Datuk Bandar terhadap keutamaan infrastruktur asas seperti jalan, longkang dan pencahayaan sebagai langkah ke arah merealisasikan visi Smart City Kuantan,” tambahnya lagi.

Chun Kuang dalam pada itu berharap pihak MBK dapat memberi perhatian kepada aspek pencahayaan di kawasan Indera Mahkota 1 dan Lorong Kampung Padang yang setakat ini belum memiliki kemudahan lampu jalan.

Katanya, isu ini dibangkitkan susulan aduan penduduk di situ yang bimbangkan tahap keselamatan mereka apabila menggunakan laluan berkenaan.

“Saya harap perkara ini diberi perhatian dan pertimbangan oleh pihak MBK dalam kadar segera,” katanya.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan