PKR tidak hanya fokus calon sebaliknya pentingkan jentera, gerak kerja hadapi PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – PKR tidak hanya menumpukan soal calon, sebaliknya turut memberi keutamaan kepada kekuatan jentera dan gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Apapun sebenarnya yang berlaku kita harus lihat bahawa tidak hanya sekadar isu calon semata-mata tetapi harus juga tertumpu kepada gerak kerja di lapangan.

“Kemudian kita dapat memperkukuh jentera, meyakinkan rakyat dan juga memastikan bahawa kita dapat mencipta kejutan dan juga sejarah yang baharu negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa Majlis Tautan Kasih MADANI Masyarakat Asnaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau di Dewan Serbaguna Kampung Warisan, Darau, di sini pada Khamis.

Jelasnya, proses pembahagian kerusi bagi menghadapi PRN17 akan datang dikendalikan sepenuhnya oleh kepimpinan negeri.

“Sudah tentu kepimpinan PKR peringkat Sabah itu yang memulakan proses perundingan dari segi pembahagian kerusi dan akan diputuskan juga di peringkat PKR Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, Kamil berkata, sebarang isu yang timbul selepas perbincangan di peringkat negeri akan dirujuk kepada kepimpinan tertinggi parti seperti yang diamalkan dalam proses-proses sebelum ini.

“Kalau ada isu-isu yang berbangkit kemudiannya itu akan dirujuk kepada kepimpinan tertinggi itu adalah proses yang biasa bagi kita memutuskan beberapa hal yang mungkin tidak dapat diputuskan di peringkat negeri,” ujarnya.

Tambah Kamil, pihak AMK turut mengetengahkan calon-calon muda dalam PRN17 namun ia tertakluk kepada persetujuan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya (JPRN) Sabah, Datuk Peto Galim.

Related Posts

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

KOTA KINABALU – Kestabilan politik penting bagi memastikan usaha menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih berbaki serta penambahbaikan peruntukan kewangan untuk pembangunan Sabah dan Sarawak dapat terus diberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027