PHZ bukti kecekapan MAINPP urus zakat tanpa khidmat luar

SEBERANG JAYA – Kecekapan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam mengurus dana zakat terus mendapat pengiktirafan apabila Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ) kekal sebagai satu-satunya pusat rawatan seumpamanya di negara ini yang beroperasi sepenuhnya tanpa penyumberan luar.

Pengerusi MAINPP, Datuk Mohamad Abd Hamid berkata, pengurusan PHZ membuktikan komitmen tinggi pihaknya dalam memastikan dana zakat memberi impak besar kepada rakyat, khususnya golongan asnaf.

“Setiap tahun, MAINPP memperuntukkan kira-kira RM9 juta untuk membiayai operasi lapan cawangan PHZ termasuk gaji kakitangan dan rawatan pesakit. Ini adalah manifestasi pengurusan zakat yang telus dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis apresiasi sempena Hari Jururawat Sedunia 2025 bagi menghargai peranan jururawat dan warga kerja PHZ, di sini pada Selasa.

Tambah beliau, prestasi agihan zakat di negeri itu juga semakin meningkat sejajar peningkatan kutipan pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, selain beberapa inisiatif baharu termasuk kenaikan elaun guru KAFA bermula Julai ini.

Menurutnya, MAINPP berperanan penting sebagai institusi yang menyelaras dan mengurus kutipan zakat, selari dengan tanggungjawab pemerintah seperti digariskan dalam Surah At-Taubah ayat 103.

“Zakat adalah sebahagian daripada hasil yang disalurkan semula kepada rakyat. Pembayar zakat turut menikmati pelepasan cukai, menjadikan ia sebagai instrumen fiskal Islam yang penting,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.

Jelasnya, pendekatan memperluas jaringan kutipan zakat termasuk dalam kalangan penjawat awam turut dibincangkan, dengan sasaran kutipan melebihi RM200 juta bagi tahun ini.

“Ekosistem kewangan sosial Islam negeri memberi tumpuan kepada perumahan, pendidikan dan kesihatan. PHZ adalah sebahagian daripada pelaksanaan teras kesihatan di bawah Projek Khas Zakat sejak Mac lalu,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha MAINPP, Datuk Rosidi Hussain; Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Tuan Za’im Md Yudin serta wakil agensi berkaitan. Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan PHZ atas khidmat cemerlang mereka.

Related Posts

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

PEKAN – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan tiga pengguna jalan raya termasuk dua beranak, maut pada Jun lalu. Tertuduh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN