Lori tangki langgar penghadang besi, 500 liter minyak sawit banjiri jalan

PERAI – Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit mengalami kebocoran selepas terlanggar penghadang besi di laluan Plaza Tol Juru arah utara, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tumpahan minyak tersebut pada jam 11.59 pagi.

Berikutan itu, katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 12.19 tengah hari.

“Kejadian melibatkan kebocoran pada tangki hadapan lori tangki akibat pelanggaran dengan penghadang besi.

“Dianggarkan sebanyak 500 liter minyak kelapa sawit telah tertumpah ke atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

John Sagun berkata, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menutup kebocoran tangki serta membersihkan sisa tumpahan minyak.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian turut dibantu oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP Sungai Bakap dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India