Genap 51 tahun, BN junjung demokrasi dan perpaduan rentas generasi

BN terus menjunjung tinggi prinsip demokrasi yang mendalam, memperjuangkan pembangunan yang inklusif serta menyemai perpaduan nasional yang semakin utuh merentas generasi, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, selama lebih setengah abad, BN telah menjadi wadah politik yang meraikan kepelbagaian, merapatkan jurang perbezaan dan menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah satu wawasan bersama untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan berdaya tahan.

“Alhamdulillah, hari ini genaplah 51 tahun usia Barisan Nasional yang merupakan sebuah wadah politik yang telah menempuh gelombang sejarah dan terus utuh sebagai tiang seri perjuangan membina negara bangsa Malaysia.

“Dalam badai perubahan zaman, ketika dunia berubah arah dan angin politik bertukar haluan, Barisan Nasional tetap berdiri teguh dan tidak goyah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli BN, jentera parti, pimpinan di semua peringkat serta para penyokong setia yang sentiasa bersama-sama BN dalam menempuh pelbagai suka dan duka.

“Kesetiaan kalian adalah nadi kekuatan kita.
Semangat kalian adalah nyawa kepada perjuangan ini.

“Semoga ulang tahun ke-51 ini menjadi muhasabah yang menyegarkan, menjadi ilham untuk kita terus mara, melangkah penuh yakin dalam menyulam sejarah baharu yang lebih bermakna.

“Moga perjuangan ini terus diberkati dan dipandu oleh petunjuk Ilahi. Hidup Barisan Nasional!,” katanya.

Related Posts

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

HASRAT untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

UMNO dicabar supaya tidak terus berada dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya pada masa sama mengambil tindakan politik yang boleh menggugat kestabilan kerajaan yang dibina bersama. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR