Tong gas ungu: Jangan kelirukan rakyat, henti salahkan kerajaan – AMK Alor Setar

ALOR SETAR – Isu penggunaan tong gas LPG komersial (ungu) dalam kalangan peniaga kecil mencetuskan pelbagai reaksi, namun rakyat perlu mendapatkan fakta yang tepat.

Kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi, yang menggambarkan seolah-olah kerajaan menindas peniaga kecil dengan menamatkan subsidi gas memasak, ternyata kurang tepat dan mengelirukan.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar menolak sebarang cubaan mengelirukan rakyat dengan naratif yang tidak tepat mengenai isu ini.

Ketua Penerangan AMK Alor Setar, Luqman Rosli berkata, hakikatnya, peraturan ini bukan perkara baharu, malah telah berkuat kuasa sejak tahun 2021 di bawah pentadbiran terdahulu.

“Kerajaan MADANI tidak memansuhkan subsidi LPG. Sebaliknya, ia disusun semula agar lebih bersasar dan mengelakkan ketirisan. Pengguna prrsendirian masih menikmati subsidi, manakala peniaga kecil yang menggunakan satu hingga tiga tong LPG subsidi tetap dibenarkan, selagi tidak melebihi had dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Pelaksanaan Ops Gasak sejak Mei 2025 bertujuan mengekang penyalahgunaan subsidi oleh pihak industri dan membanteras aktiviti haram,” katanya.

Luqman berkata, langkah ini membuktikan bahawa kerajaan bukan menekan rakyat, tetapi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak.

“Kerajaan juga tidak mengetepikan kepentingan peniaga kecil dalam pelaksanaan dasar ini.

“Tempoh peralihan sedang dipertimbangkan untuk memberi ruang kepada mereka menyesuaikan diri dengan perubahan tanpa terbeban secara mendadak,” katanya.

Luqman menegaskan bahawa subsidi bersasar adalah langkah reformasi fiskal yang penting bagi memastikan keseimbangan ekonomi negara.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk terus melaksanakan dasar ini dengan pendekatan berperingkat dan penuh empati, agar peniaga kecil diberikan kelegaan sewajarnya.

“Dalam mana-mana isu berkaitan dasar kerajaan, adalah penting untuk rakyat mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

“Penyaluran maklumat yang tidak menyeluruh atau berasaskan sentimen politik hanya akan menimbulkan salah faham dan ketidakstabilan persepsi masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak menindas rakyat, tetapi memastikan keadilan dalam sistem subsidi agar ia dapat diteruskan untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Sebelum menuding jari, dapatkan fakta yang tepat.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian