Guna tong gas LPG kurang 42kg dalam satu-satu masa tidak perlu permit

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan bahawa penggunaan tong gas bersubsidi tidak melebihi 42 kilogram (kg) atau tiga tong gas bersaiz 14kg pada satu-satu masa tidak memerlukan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, bagi mana-mana perniagaan yang menggunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) melebihi 42kg pada satu-satu masa hendaklah membuat PBKB.

“Sepanjang tempoh Ops Gasak, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil kepada perniagaan perkhidmatan jualan makanan dan minuman berhubung keperluan memiliki Permit Barang Kawalan Berjadual bagi LPG.

“Permohonan boleh dibuat melalui ‘Business Licensing Electronic Support System’ (BLESS),” katanya melalui kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata pemeriksaan pegawainya di premis-premis jualan makanan dan minuman kini berada pada peringkat advokasi dan semakan.

“Ia turut melibatkan pemakluman tanggungjawab pematuhan kepada undang-undang dan peraturan sedia ada, termasuk PPKB (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021,” jelasnya.

Selain itu, katanya lagi boleh merujuk kepada KPDN Negeri dan Cawangan berdekatan untuk mendapatkan panduan dan penerangan lanjut.

“Sepanjang tempoh Ops Gasak, para pembekal LPG dibenarkan untuk terus membuat pembekalan tong LPG bersubsidi kepada pelanggan sedia ada.

“Ini termasuk para peniaga perkhidmatan jualan makanan dan minuman walaupun mereka belum memiliki Permit PBKB,” katanya.

Jelasnya, sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan perkara ini boleh disalurkan melalui pesanan aplikasi WhatsApp ke nombor 019-6416768.

Terdahulu, KPDN melaksanakan Ops Gasak bermula 1 Mei hingga 31 Oktober 2025 bagi menumpukan kepada penguatkuasaan ketirisan subsidi LPG pada dua komponen.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, membanteras aktiviti haram ‘decanting’ LPG bersubsidi ke tong tidak bersubsidi untuk tujuan jualan komersial dan penyeludupan.

“Mengekang penyalahgunaan LPG bersubsidi oleh industri berskala sederhana dan besar,” jelasnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula