Rumit untuk Tengku Zafrul jadi MB Selangor

SPEKULASI Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat menjadi Menteri Besar Selangor agak rumit dan sukar direalisasikan.

Ini kerana menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu bukan Ahli Dewan Undangan Negeri dan akan berdepan jalan yang panjang termasuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang terpaksa diadakan.

“Pada pendapat saya, terlalu panjang ceritanya, saya tak rasa ada jalan itu (Tengku Zafrul bertanding Menteri Besar Selangor) sebab nak kena buat pilihan raya kecil lagi.

“Kita hanya berbaki dua tahun setengah, jadi tidak banyak kita boleh aturkan, kita kena lihat lagi sebarang perkembangan terkini,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 di Gombak, hari ini.

Bagaimanapun Amirudin yang juga Naib Presiden PKR sempat berseloroh agar Tengku Zafrul mendoakannya kekal menjadi Menteri Besar Selangor sehingga penggal berakhir.

“Insya-Allah kalau ada rezeki kekal Menteri Besar Selangor. Dia (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) nak pergi haji, saya minta dia doakan,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, Setiausaha Agung PKR, Dr. Fauziah Salleh telah memberi kenyataan bahawa permohonan Tengku Zafrul memasuki parti tersebut sedang diproses.

Beliau berkata, dengan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR, ia bakal memperkukuhkan lagi parti tersebut selain dapat bekerjasama dengan lebih erat.

“Kebetulan sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan beliau (Tengku Zafrul) hatta dalam pentadbiran sebelum ini sewaktu beliau selaku Menteri Kewangan. Ada beberapa pertemuan serta urusan kita jalinkan.

“Sekarang beliau selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kita turut bekerjasama contoh dalam bidang aeroangkasa dan semikonduktor. Kita telah mempunyai kolaborasi yang jitu dan saya percaya kita akan bekerjasama dengan lebih baik,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan dengan UMNO selepas ini, beliau berkata satu perbincangan telah diadakan hari ini bagi mencapai satu persetujuan bersama.

“Hari ni telah dilaksanakan perbincangan agak lama, penyertaan Tengku Zafrul ada ura-ura sejak tahun lepas.

“Saya percaya persefahaman boleh dicapai atau telah dicapai, saya kurang maklum hal itu. Tapi kita anggap penyertaan Tengku Zafrul dapat memperkukuhkan pasukan PKR,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keahliannya dalam parti itu yang dianggotainya sejak 1997.

Tengku Zafrul dalam satu kenyataan memaklumkan surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, tindakan meninggalkan UMNO bukanlah satu keputusan yang mudah, memandangkan parti tersebut merupakan satu-satunya wadah politik yang disertainya sepanjang lebih dua dekad.

Related Posts

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

PENDEKATAN bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menubuhkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat mempunyai unsur kekecewaan yang mendalam dan sikap mudah mengaku kalah setiap kali berhadapan tekanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman