Skim Perkeso bukan sekadar atas kertas, tapi sampai kepada rakyat

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memastikan bahawa skim Perkeso bukan sekadar dasar di atas kertas, tetapi perlindungan yang benar-benar sampai ke peringkat akar umbi.

Skim yang terlibat seperti Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS).

Menurutnya, skim tersebut sangat penting dalam komuniti, namun sudah terlalu lama suri rumah, pemilik perniagaan kecil dan pekerja sektor tidak formal diketepikan daripada perbincangan berkaitan perlindungan sosial.

“SKSSR memberi perlindungan kepada suri rumah sekiranya berlaku kemalangan domestik, penyakit jangka panjang, hilang upaya kekal dan kematian.

“SKSPS pula menyediakan perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri dan dalam sektor tidak formal termasuk pembuat kuih, peniaga makanan, pemandu Grab, peniaga dalam talian dan ramai lagi.

“Di Kapayan, kami mengiktiraf sumbangan mereka sebagai sesuatu yang penting, bukannya perkara sampingan,” katanya semasa berucap sempena Program Lindung Kasih Perkeso, di Hotel Lintas Platinum, di sini pada Sabtu.

Pada majlis sama, Jannie berkata, Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong juga telah mengumumkan akan menaja perlindungan SKSSR untuk 600 orang suri rumah.

Jelasnya, ia merupakan satu langkah besar ke hadapan dalam komitmen bersama untuk memperkasakan dan menyokong wanita di peringkat isi rumah.

“Saya menyambut baik dan menyokong penuh inisiatif ini yang mencerminkan semangat inklusif dan keprihatinan yang wajar menjadi panduan dalam setiap perkhidmatan awam.

“Usaha-usaha ini bukan sekadar angka. Ia tentang manusia bagi memastikan setiap individu, tanpa mengira jawatan atau pekerjaan mereka, mempunyai akses kepada perlindungan, keselamatan dan maruah.

“Sama ada di rumah, di gerai tepi jalan, mahupun di sebalik stereng kenderaan, kerja mereka adalah penting,” katanya.

Pada tahun 2024, di bawah inisiatif Jelajah Pakatan Harapan (PH) Wanita, Kapayan telah menjadi salah satu daripada enam daerah yang dipilih untuk menjayakan kempen kesedaran dan pendaftaran SKSSR.

“Saya berasa bangga untuk berkongsi bahawa kami berjaya mendaftarkan 100 orang wanita dari Kapayan, menyumbang kepada keseluruhan 600 pendaftaran di seluruh Sabah dengan sokongan kukuh daripada Perkeso Sabah,” ujarnya.

Tambahnya, usaha ini diteruskan tahun ini dengan kejayaan memperbaharui pendaftaran 100 suri rumah dari Kapayan di bawah SKSSR serta membantu pendaftaran 50 pekerja sendiri dalam perniagaan dari rumah dan ekonomi gig di bawah SKSPS.

Terdahulu, Jannie turut menyalurkan sokongan kepada komuniti di Darau dengan kerjasama Steven iaitu sebanyak 50 pendaftaran SKSSR berjaya dilakukan.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI