PKR Sabah perkasa hak negeri, perkukuh kerjasama PH

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyatakan kesungguhan untuk memperkasa hak dan membela kepentingan negeri Sabah bagi memberi manfaat kepada rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, parti itu bertekad untuk menyumbang secara positif ke arah pembangunan dan kemakmuran sabah dibawah kepimpinan gabungan Pakatan Harapan (PH) serta membuka ruang kepada kerjasama bersama parti-parti lokal dan nasional.

“Kami menegaskan komitmen kami terhadap prinsip perpaduan, kemajuan dan reformasi, serta bertekad untuk terus menyumbang secara positif ke arah pembangunan dan kemakmuran Sabah di bawah gabungan PH serta membuka ruang kerjasama bersama parti-parti lokal dan nasional.

“Selaras dengan hala tuju kepimpinan baharu dan aspirasi parti, PKR Sabah akan memperkukuh haluan baharu menerusi proses rundingan konstruktif bersama rakan-rakan dalam PH Sabah sehinggalah membuahkan hasil terbaik buat semua.

“Matlamat kami selaku anak-anak Sabah adalah untuk memperkasa hak dan pembelaan negeri demi memberi manfaat terbaik kepada rakyat Sabah,” katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat.

Mustapha yang baru sahaja dilantik semula sebagai Pengerusi MPN PKR Sabah turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan itu dan keyakinan berterusan terhadap kepimpinan parti di peringkat negeri.

Jelasnya pelantikan semula itu adalah satu amanah besar yang disifatkan sebagai tanggungjawab penting menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan. Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China