UMK rai pelajar cemerlang, rakan strategik

KOTA BHARU – Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meraikan pelajar cemerlang mereka dalam majlis khas, hari ini.

Majlis itu berlangsung di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota Bharu, dekat sini.

UMK melalui satu kenyataan memaklumkan, selain meraikan pelajar cemerlang, majlis berkenaan juga menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan pelajar UMK dengan rakan strategik mereka, terutamanya dalam sektor pelancongan.

“Penyampaian anugerah itu mendapat sokongan dan tajaan daripada kumpulan Hannan Medispa, Kuantan 188 dan Maxis Broadband,” kata kenyataan itu.

Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah Pengarah Urusan Hannan Medispa, Dr Hannan Yusoff; Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman dan Ketua Pengurusan Jualan (Wilayah Pantai Timur) Maxis Broadband, Narulhizam Md Tahir.

Pada majlis sama, penyampaian Anugerah Dekan turut diadakan kepada pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang, selain sembilan lagi anugerah khas – termasuk Anugerah Khas Hannan Medispa – turut disampaikan kepada pelajar terpilih.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas