Premier Sarawak ambil maklum surat terbuka pelajar UMS, bantu bawa isu kepada Menteri KPT

KOTA KINABALU – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengambil maklum mengenai isi kandungan sebuah surat terbuka yang dikemukakan oleh seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung masalah bekalan air di kampus tersebut.

Dalam maklum balas itu, Abang Johari turut mengucapkan terima kasih atas makluman yang dikemukakan, namun menjelaskan bahawa tidak dapat mengambil tindakan seperti yang kehendaki kerana permasalahan tersebut adalah di luar bidang kuasa beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau akan mengangkat isu tersebut untuk makluman dan tindakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir,” jelas menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak pada Selasa.

Sebelum ini, seorang pelajar UMS yang membuat surat terbuka ditujukan kepada Premier Sarawak, merayu agar campur tangan diberikan bagi mengatasi masalah bekalan air di kampus, kemudiannya tular dan menarik perhatian meluas dalam media sosial.

Related Posts

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen