Polis berkas warga asing rogol wanita dalam semak, rumah kebun

LAHAD DATU – Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki merogol seorang wanita yang juga rakan sekerjanya dalam kejadian di kawasan semak dan rumah kebun di Lok Bangak, Bagahak, di sini, pada Sabtu.

Polis Lahad Datu menerusi perkongisan di Facebook berkata, suspek diberkas kira-kira pukul 10 malam hari yang sama susulan laporan polis diterima dari mangsa.

Dalam pada itu, permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Lahad Datu dibuat pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum dua puluh tahun serta boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Sementara di Tawau, seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an ditahan pada Ahad selepas disyaki terbabit dalam keganasan rumah tangga.

Isteri mangsa yang membuat laporan polis mendakwa ditumbuk oleh suaminya dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan semasa berada di sebuah hotel di Tawau.

Menurut perkongsian Polis Tawau, punca pergaduhan suami isteri tersebut disebabkan suspek pergi berhibur di sebuah pusat hiburan.

Hasil siasatan jenayah lampau juga mendapati suspek pernah dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP