UPNP tahan dua lelaki lombong emas secara haram

KUANTAN – Tindakan dua lelaki berusia 63 dan 37 tahun menjalankan aktiviti melombong emas secara haram di Kampung Baru Bukit Koman, dekat Raub, mengundang padah apabila ditahan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Jumaat lalu.

Ketua UPNP, Saifullah Muhammad Ali berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan aktiviti itu sebelum anggota UPNP Zon Pahang Barat bergerak ke lokasi terbabit.

“Kedua suspek disyaki menjalankan aktiviti cari gali emas di Kampung Baru Bukit Koman, Mukim Gali, daerah Raub pada jam 9.30 malam,” katanya.

Difahamkan, ketika serbuan suspek sedang bekerja di kawasan yang disyaki berlaku kerja melombong.

“Pegawai serbuan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa dan bertanya berkaitan sebarang kebenaran atau kelulusan diberikan.

“Namun mereka gagal menunjukkan sebarang kebenaran bagi menjalankan aktiviti melombong di kawasan berkenaan,” katanya lagi, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, pihak penguat kuasa menyita sebuah pam air; dulang; dua palong bergerak, cangkul; penyodok dan kuali yang digunakan suspek.

Jelasnya, UPNP akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri 2001 kerana melombong tanpa lesen atau pajakan.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing