IPD Kuala Muda tubuh skuad khas ‘All Black Militan Jihad Dadah’ basmi dadah

SUNGAI PETANI – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menubuhkan skuad khas ‘All Black Militan Jihad Dadah’, ditubuhkan hari ini bertujuan untuk membanteras aktiviti dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, skuad khas itu disertai seramai 25 pegawai dan anggota daripada pelbagai unit.

Beliau berkata, mereka akan bergerak di kawasan pasar raya serta kawasan tumpuan ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti dadah.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada skuad khas ini yang akan bertindak segera.

“Latihan jasmani bersama saya turut diadakan hari ini di dataran kawad IPD Kuala Muda, bermula jam 8 pagi tadi dimulakan dengan acara regangan dan diteruskan dengan latihan mara lasak di bawah tenaga pengajar, Sub Inspektor Saharuddin Asad,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, skuad All Black Militan Jihad Dadah bertujuan untuk memerangi habis-habisan aktiviti dadah hingga ke peringkat akar umbi di daerah Kuala Muda.

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan