PKR bukan hak milik individu – hormati integriti kolektif

MASALAH utama yang sedang melanda kita bukan sekadar soal strategi atau perbezaan pendekatan. Ia berpunca daripada satu kepercayaan berbahaya — bahawa seseorang individu merasakan dirinya berhak menentukan idealisme tunggal yang wajib dipatuhi oleh seluruh parti.

Keyakinan sebegini menafikan nilai kebijaksanaan kolektif. Ia mencerminkan pandangan elitis terhadap rakan seperjuangan, seolah-olah mereka yang tidak sealiran hanyalah oportunis yang menyertai parti demi jawatan atau ganjaran. Ini bukan sahaja tidak adil, malah mencalar gagasan perjuangan yang kita bina bersama.

Perlembagaan parti kita mengiktiraf hak untuk mencabar mana-mana pemegang jawatan — ia bukan pengkhianatan, tetapi sebahagian daripada dinamika demokrasi yang sihat. Dalam semangat itu, pertandingan tidak harus dilihat sebagai perpecahan, sebaliknya sebagai ruang untuk memperkukuh mandat dan memperbaharui tekad bersama.

Benar, setiap ahli berhak menyuarakan pandangan dan mendapatkan sokongan, tetapi peraturan menetapkan bahawa para perwakilanlah yang diberi amanah membuat keputusan. Jika gagal meyakinkan mereka, janganlah disalahkan rakyat dan ahli parti. Membangkitkan sentimen awam demi menekan perwakilan adalah taktik murahan yang mencemar martabat proses demokrasi dalaman.

Parti ini tidak boleh bergantung kepada mana-mana tokoh — bukan Rafizi, bukan Nurul, bukan juga Anwar. Individu akan datang dan pergi, tetapi perjuangan mesti berterusan. Meletakkan harapan mutlak pada satu sosok pemimpin ibarat menggantung masa depan pada seutas benang halus yang mudah putus bila-bila masa.

Dalam hal ini, pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR turut mengundang pelbagai tafsiran. Dari satu sudut, latar belakang keluarganya menjadikan beliau terdedah kepada persepsi nepotisme — iaitu tanggapan bahawa kedudukannya berpunca daripada hubungan darah dengan Presiden parti.

Namun pada masa yang sama, Nurul Izzah memiliki rekod perkhidmatan yang kukuh sebagai Ahli Parlimen serta dikenali sebagai tokoh reformis yang konsisten.

Dalam proses pemilihan yang dijalankan secara adil dan demokratik, maka sokongan yang diterimanya harus dilihat sebagai pengiktirafan kepada kelayakan dan komitmen beliau, bukan semata-mata warisan politik keluarga. Penilaian terhadapnya sewajarnya dibuat berdasarkan merit, bukan semata-mata sentimen.

Amaran bahawa rakyat akan menghukum parti jika seseorang individu tersingkir adalah retorik lama yang sudah lapuk. Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi oleh naratif individu. Mereka melihat integriti kolektif, bukan karisma tunggal. Dan rakyat tidak mudah memaafkan pengkhianatan — lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan berselindung di sebalik topeng idealisme.

Saya hanya bersetuju dengan satu perkara: kita mesti mempercayai proses. Proses pemilihan adalah nadi utama keyakinan akar umbi terhadap parti. Kita tidak boleh membiarkan ego sesiapa pun mencemari kepercayaan ini. Tanggungjawab memelihara integriti parti bukan di tangan orang lain, tetapi di tangan kita sendiri.

Sebagaimana kata orang tua:

Buah semangka buah tembikai,
Enak dijadikan minuman segar.
Keputusan pertandingan usah dipertikai,
Rapatkan barisan, perjuangan dibugar.

Apabila biduk sudah berlalu, kiambang harus tahu di mana untuk bertaut. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti – dengan syarat perjuangan ini tidak disandarkan pada nama, tetapi pada NILAI.

*Datuk Ismail Yusop adalah mantan Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia dari Parti Keadilan Rakyat

Related Posts

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

SEJAK mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018, kerajaan Pas Terengganu membina imej sebagai kerajaan yang kononnya paling memahami denyut nadi rakyat. Pelbagai slogan digunakan termasuk “membela rakyat”, “mengurangkan beban kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti Bersama: Reformasi politik baharu atau pemusatan kuasa digital?

Penubuhan Parti Bersama oleh Datuk Seri Rafizi Ramli cuba dipersembahkan sebagai sebuah gerakan politik moden yang meninggalkan budaya “politik lama” berasaskan cabang, ranting dan perebutan jawatan dalaman. Namun di sebalik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan