Pulau Pinang mampu jadi hab pendaratan, pemprosesan tuna negara

GEORGE TOWN – Pulau Pinang mencatat lonjakan besar dalam industri pendaratan ikan tuna apabila sebanyak 431,000 kilogram (kg) direkodkan pada tahun lalu, meningkat lebih 143 peratus berbanding hanya 177,000kg pada tahun 2023.

Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, peningkatan itu turut melibatkan nilai pendaratan iaitu RM7.76 juta bagi 2024 berbanding RM3.19 juta pada 2023.

“Trend ini menunjukkan potensi besar Pulau Pinang untuk muncul sebagai hab utama pendaratan serta pemprosesan tuna negara bagi pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Fahmi (PKR-Pantai Jerejak) berkata, kerajaan negeri sedang merangka strategi jangka panjang dengan memberi tumpuan terhadap penambahbaikan fasiliti, infrastruktur, logistik dan perkhidmatan sokongan berkaitan industri itu.

“Beberapa lokasi strategik juga sedang dipertimbangkan bagi mewujudkan pelabuhan pendaratan tuna baharu, namun berdepan kekangan dari segi pemilikan tanah dan kesesuaian paras air untuk kapal tuna berlabuh.

“Usaha ini diyakini mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri menerusi penyediaan peluang pekerjaan, pembangunan industri hiliran serta pembinaan pusat pemprosesan tuna berteknologi tinggi bagi menghasilkan produk makanan laut premium,” katanya.

Tambahnya, operasi pendaratan tuna yang bersifat eksklusif di negeri ini juga berpotensi dijadikan produk pelancongan baharu yang mampu menarik kehadiran pelawat tempatan dan antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, sektor perikanan Pulau Pinang secara keseluruhan turut mencatat peningkatan memberangsangkan dengan jumlah pendaratan hasil laut sebanyak 39,231.34 tan metrik tahun ini, berbanding 38,226.24 tan metrik pada 2023.

Mengulas pencapaian itu, Fahmi berkata, ia mencerminkan kejayaan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Kerajaan negeri amat menghargai sokongan KPKM yang meluluskan dua projek penting iaitu naik taraf Jeti Pendaratan Ikan di Sungai Chenaam, Nibong Tebal dengan peruntukan RM370,000 dan penyediaan peranti ‘Break to Protect’ (B2P) untuk mengekang serangan lintah di kolam ternakan akuakultur bernilai RM350,000,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga sedang membangunkan kawasan ternakan akuakultur baharu di Sungai Semilang, Juru bagi memperkasa industri itu dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000