MA63: Kemajuan positif, 9 tuntutan Sarawak berjaya diselesaikan

KUCHING – Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting apabila sembilan perkara utama di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya dimuktamadkan bersama Kerajaan Persekutuan setakat Mei 2025.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali semasa menjawab soalan dalam Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 baru-baru ini.

Antara pencapaian penting yang dimeterai ialah penyerahan kuasa kawal selia LPG kepada Sarawak melalui PETROS, pengiktirafan Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) sebagai jabatan teknikal yang boleh melaksanakan projek persekutuan bernilai sehingga RM50 juta, serta kuasa penuh terhadap pengeluaran lesen perikanan laut dalam.

Lebih signifikan, pindaan Perlembagaan diluluskan bagi mengiktiraf kedudukan Sarawak dan Sabah sebagai rakan setara dalam pembentukan Malaysia. Selain itu, takrif ‘Persekutuan’ di bawah Perkara 160(2) kini merangkumi MA63 dan dokumen berkaitan, manakala Perkara 161A turut dipinda bagi membolehkan Sarawak menentukan tafsiran ‘anak negeri’ secara lebih inklusif.

Kerajaan Sarawak juga memperkenalkan Ordinan Buruh Sarawak (Cap. 76) yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025, memperkukuh kuasa perundangan negeri dalam hal ehwal berkaitan pekerjaan.

Pada masa yang sama, Sharifah Hasidah menegaskan kerajaan Sarawak terus komited memperjuangkan beberapa tuntutan baharu termasuk penambahan kerusi Parlimen, pelantikan kehakiman, kuasa kawal selia alam sekitar oleh NREB, serta penurunan kuasa dalam aspek kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

Pembangunan kawasan sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan turut menjadi fokus strategik dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi serantau.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

TAWAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM5 juta dalam usaha mempergiat penglibatan golongan belia menerusi aktiviti sukarelawan kebajikan bersama warga emas menerusi program RYTHM-Ritma Kehidupan Harmoni. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa