Kerajaan Persekutuan, Sarawak capai persetujuan, Petronas kekal peranan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg menandatangani satu deklarasi bersama bersejarah yang membuka lembaran baharu kerjasama dalam sektor minyak dan gas negara.

Deklarasi itu menegaskan semua undang-undang Persekutuan dan Negeri berkaitan pengagihan gas di Sarawak akan terus wujud seiring dan dihormati oleh semua pihak terlibat termasuk Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

“Petronas akan kekal melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) seperti termaktub dalam undang-undang dan peraturan sedia ada,” menurut kenyataan bersama itu.

Kerajaan Sarawak juga secara rasmi melantik PETROS sebagai pengagregat gas negeri berkuat kuasa 1 Mac 2025, selaras dengan Seksyen 7A Ordinan Pengedaran Gas 2016 (DGO 2016).

“Pelantikan ini adalah berdasarkan kuasa eksekutif negeri dan perlu dihormati oleh semua pihak yang menjalankan aktiviti pemasaran, pengedaran dan pembekalan gas kepada pengguna di Sarawak,” tambah kenyataan itu.

Deklarasi turut menjelaskan bahawa semua perjanjian antara Petronas dan pihak ketiga berkaitan penjualan gas asli cecair (LNG) dari operasi huluan hingga eksport ke luar negara tidak akan terjejas.

Petronas dan PETROS juga akan mengadakan rundingan bagi memperluas kerjasama dalam memenuhi keperluan gas domestik Sarawak, termasuk pelaksanaan projek di bawah Pelan Gas Sarawak melibatkan kapasiti 1.2 bilion kaki padu gas sehari (Bscf/d).

Kerjasama itu turut merangkumi projek tenaga hijau, hidrogen dan penjanaan kuasa, seiring aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai hab tenaga serantau di peringkat ASEAN.

Semua inisiatif kerjasama ini akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan teknikal dan komersial.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan