Agong berkenan berangkat ke LIMA ’25

LANGKAWI – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA ’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Baginda tiba di MIEC kira-kira pukul 10.15 pagi tadi dan berkenan melawat beberapa reruai dan pavilion pameran selama kira-kira setengah jam.

Sultan Ibrahim disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar.

Turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke ruang pempamer Sapura Secured Tehnologies (SST) bersama Velum Labs yang mempersembahkan inovasi terkini berasaskan kecerdasan buatan (AI)

Ia merupakan inovasi keselamatan dan pertahanan terbaharu yang menggabungkan teknologi AI dan keupayaan ‘edge computing’.

Baginda turut berkenan berangkat ke reruai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seterusnya melihat aset pertahanan di reruai MKE dan Kementerian Pertahanan Turkiye.

Related Posts

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada Isnin. Anwar berkata demikian ketika ditanya pengamal media sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menunggu maklum balas daripada Meta berkaitan aduan membabitkan akaun WhatsApp yang digodam, diambil alih atau disekat sehingga tidak boleh diakses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi

Jenazah Tun Hasmah disolatkan selepas Asar, dikebumi di Putrajaya

Jenazah Tun Hasmah disolatkan selepas Asar, dikebumi di Putrajaya