MA63: Sarawak fokus formula geran khas, tuntut tambahan kerusi Parlimen

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus mendesak agar rundingan berhubung formula geran khas dan cadangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak disegerakan, selaras dengan hak dan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kedua-dua isu itu menjadi keutamaan dalam rundingan semasa antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Persekutuan.

“Perkara ini penting bagi memastikan agihan kuasa dan sumber yang lebih adil, mengikut apa yang telah dipersetujui ketika pembentukan Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, Rabu lalu.

Jelas beliau, kerajaan Sarawak secara konsisten membangkitkan isu berkenaan menerusi pelbagai platform rasmi termasuk Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan khusus.

Selain itu, rundingan turut melibatkan usaha memperkukuh kedudukan Sarawak dalam struktur pentadbiran Persekutuan agar kedudukan sebagai rakan setara dapat dikembalikan sebagaimana termaktub dalam MA63.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula