Seludup masuk lebih 2kg syabu di Lapangan Terbang Tawau, dua lelaki suspek diberkas

TAWAU – Polis berjaya memberkas dua lelaki termasuk seorang suspek dikehendaki kes tipu dan merampas 2,493.45 gram syabu bernilai RM87,000 di Lapangan Terbang Tawau, Sabtu lepas.

Kedua-dua lelaki tempatan berumur 44 dan 21 tahun berkenaan ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau ketika masuk ke negeri ini dari Semenanjung secara berasingan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan pertama dibuat keatas lelaki berumur 44 tahun pukul 9.25 malam selepas dikesan mencurigakan di kawasan Lapangan Terbang Tawau sebelum pemeriksaan lanjut pada beg bagasi dibawa menemui sebuah ‘vacuum sealer’.

“Siasatan ke atas suspek itu turut membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki pukul 10.15 malam apabila bagasi warna merah yang dibawa mengandungi beberapa peket makanan berisi ketulan dadah jenis syabu.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama mempunyai empat rekod jenayah lampau masing-masing dua di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 selain positif ‘methamphetamine’ dan ‘amphetamine’.

“Suspek kedua negatif dadah dan  mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan suspek dikehendaki di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Selasa.

Menurut Jasmin, rampasan syabu ini dipercayai merupakan sindiket sedia ada atau telah lama beroperasi dan menggunakan perantaraan (individu) berlainan untuk membawa syabu bagi pasaran tempatan serta tidak menolak kemungkinan syabu turut dibawa ke negara jiran.

Jelas beliau, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

“Polis giat mengesan rangkaian pengedaran dadah bagi siasatan lanjut dan kita mengalu-alukan kerjasama serta maklumat orang awam bagi bersama membanteras aktiviti ini,” tegasnya.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur