Kota Belud jadi perhentian baharu ‘Sail Malaysia Passage to The East Yacht Rally’

KOTA KINABALU – Kota Belud, yang dikenali sebagai Daerah Koboi Timur, bakal membuat penampilan sulungnya sebagai satu perhentian bagi Sail ‘Malaysia Passage to East Yacht Rally’ tahun ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, penyertaan Kota Belud dalam acara ini adalah satu langkah yang tepat.

“Penyertaan Kota Belud dalam acara ini adalah satu langkah yang tepat memandangkan daerah tersebut terkenal dengan warisan Bajau yang utuh, tradisi menunggang kuda serta reputasinya yang semakin meningkat dalam pelancongan berasaskan komuniti.

“la menawarkan perspektif baharu kepada pelayar antarabangsa yang ingin meneroka keunikan desa serta kekayaan budaya tempatan,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, rali itu yang terdiri daripada 31 buah kapal layar dan 70 peserta dari 15 negara dijadualkan tiba di Sabah pada Julai depan.

Tambah Joniston, rali kapal layar itu memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sabah kepada pelancong antarabangsa serta memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai destinasi berasaskan budaya, pengembaraan dan alam semula jadi.

“Penglibatan negara-negara baharu serta destinasi seperti Kota Belud merupakan satu petanda yang memberangsangkan selari dengan usaha Sabah menuju Tahun Melawat Malaysia 2026,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sail Malaysia, Sazli Kamal Basha berkata, pelayaran ini mengikut laluan biasa iaitu bermula di Langkawi, dengan hentian di Sabah termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Kinabatangan, Sandakan, Tawau dan Semporna.

Beliau turut berkata, para peserta berpeluang merasai pengalaman unik belayar menyusuri Sungai Kinabatangan yang merupakan salah satu koridor hidupan liar paling ikonik di Sabah kaya dengan biodiversiti dan keindahan semula jadi.

“Ramai pelayar antarabangsa tertarik ke Sabah kerana keindahan alam semula jadinya, pelabuhan yang selamat serta sambutan mesra daripada komuniti tempatan,” ujarnya.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014